:
MTQ ADDIN 00 MALIM NAWAR
Share:


 

SEJARAH PENUBUHAN MTQ ADDIN 00
KG TUALANG SEKAH

Pada awal Disember 1993, projek Sekolah Agama Rakyat Kg Tualang Sekah, Malim Nawar, Perak mula beroperasi, terletak di atas sebidang tanah seluas 9e 2r 15p iaitu tanah wakaf Yang Dipertua Majlis Agama Islam Perak. Dua buah bangunan ( 5 bilik darjah ) yang telah siap dibina oleh Pejabat Daerah Kinta di bawah peruntukan Pembangunan Luar Bandar pada masa itu, telah digunakan sepenuhnya bagi kegunaan pelajar sebagai bilik darjah dan asrama.

Jamaah Pengurusan telah memilih bidang Hafazan Al Quran sebagai subjek teras. Dengan itu sekolah ini telah dinamakan Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat ADDIN ( Ringkasnya MTQ ADDIN )

Maahad ini adalah sebuah sekolah swasta berasrama penuh dan didaftarkan di bawah pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perak D.R pada 17 Disember 1993 dengan nombor pendaftarannya : Japk/SMAR/Bg.01/97 setelah Enakmen Kawalan Sekolah-sekolah Agama Islam 1996 dikuatkuasakan.

Aliran Pendidikan di MTQ ADDIN Kg. Tualang Sekah :

  • Pelajar lelaki sahaja
  • Berumur 16 & 17 tahun
  • Sudah menghafaz sekurang-kurangnya 15 juzuk
  • Mempunyai kemahiran membaca Jawi dan Bahasa Arab yang BAIK
  • Bersedia mempelajari matapelajaran Akademik untuk mengambil S.P.M dalam masa yang sama
  • Menawarkan Program Pakar Al Quran ( Syahadah )

 

PENGETUA 2005 HINGGA KINI 

A.F. USTAZ HAJI MOHD SOFIAN BIN HAJI REJAB

MISI

  • Menyediakan peluang bagi melahirkan hufaz Al-Quran
  • Membentuk peribadi muslim yang bijaksana, mampu menghadapi cabaran semasa dan berkebolehan menyaring nilai-nilai baru yang mencabar.
  • Melahirkan cendiakawan mengikut bidang ilmu yang hafaz al-Quran
  • Melahirkan para da’I berhemah tinggi

CARTA ORGANISASI PENTADBIRAN MTQ ADDIN, KG TUALANG SEKAH, MALIM NAWAR, PERAK.

PENGETUA
UST SOFIAN B HAJI REJAB

PENOLONG KANAN 1
UST. TADRI B MAZIR

PENOLONG KANAN 2 (HEM/HEP)
UST. ANUAR B MORAT

PENOLONG KANAN 3
UST.KHAIRUL ALIMI B KAMARUL HAILAN

Alamat :

Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat ADDIN
Kg. Tualang Sekah
31700 Malim Nawar
Perak Darul Ridzuan

No Tel : 05-4773473   No Faks : 05-4771057

Facebook: MTQ ADDIN Malim Nawar

Maklumat Akaun Sekolah :

Maybank          5580 4260 0211
Bank Islam       08-013-010-01841-5

 

SENARAI PENGETUA MENGIKUT TAHUN

Bil              Nama              Tarikh Berkhidmat
1 Ustaz Haji Mohd Amin Bin Abd Aziz                1993-1994
2 Ustaz Haji Abu Bakar Bin Husin                1994-1997 
3 Ustaz Mohd Sopian Bin Haji Rejab                1997-Kini